PENGETAHUAN BELIA TERHADAP NILAI-NILAI MURNI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT PROGRESIF DI SELANGOR

Belia merupakan aset dan pewaris pembangunan negara. Sebagai generasi pewaris atau penerus kecemerlangan negara, mereka mestilah mempunyai sifat-sifat keperibadian yang luhur dan progresif. Belia pewaris perlu dididik dengan nilai murni bagi membentuk masyarakat Malaysia yang bertamadun. Dalam konteks belia pelbagai etnik, penerapan nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa, hormat-menghormati, bertimbang rasa dan kesederhanaan adalah penting bagi mewujudkan persefahaman dan kesepaduan sosial dalam masyarakat. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan belia pelbagai etnik terhadap nilai-nilai murni dalam masyarakat. Reka bentuk penyelidikan yang dipilih dalam kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini dijalankan di empat daerah (Gombak, Ulu Langat, Petaling dan Klang) di negeri Selangor. Seramai 400 orang belia terlibat dalam kajian ini. Jumlah responden bagi setiap daerah seramai 100 orang belia yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Kategori umur responden adalah 15 hingga 25 tahun. Hasil kajian ini secara umumnya menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap nilai-nilai murni yang diamalkan dalam masyarakat. Kesimpulannya, nilai-nilai murni ini perlu difahami dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik bagi mewujudkan keharmonian dan membendung gejala sosial dalam masyarakat pada hari ini.

Kata Kunci: Tahap Pengetahuan, Nilai-nilai Murni, Progresif, Belia, Pelbagai Etnik

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH