Persidangan Meja Bulat Siri 2/2020 : Keresahan Belia Alaf Baharu

rtd keresahan belia

Dengan hormatnya saya mohon menarik perhatian YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) akan menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat Siri 2/2020 dengan membawa topik Keresahan Belia Alaf Baharu yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 November 2020 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Platform : ZOOM Webinar

3. Untuk makluman YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan, objektif utama program ini adalah menyediakan platform kepada masyarakat dan khususnya golongan belia dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas akan keresahan dan kebimbangan belia berkaitan masalah kewangan, kesihatan mental, gangguan seksual dan pengaruh teknologi. Program ini juga melibatkan penyertaan daripada pegawai Kementerian, Agensi, dan juga belia.

4. Bersama ini disertakan aturcara program sebagai rujukan YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan. Kerjasama YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan adalah dimohon agar dapat mendaftarkan butiran diri di link ZOOM tersebut sebelum atau pada 27 November 2020 (Jumaat) agar pihak IYRES dapat menyelaras tindakan selanjutnya.

5. Sebarang pertanyaan lanjut, pegawai kami En. Shah Romnizam Bin Ramli (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan En. Mohamad Saifful Hassan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sedia membantu di talian 03-8871 3335. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat seminar, pihak IYRES akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan.

Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat

Klik untuk muat turun aturcara Persidangan Meja Bulat Siri 2/2020 : Keresahan Belia Alaf Baharu