International Young Leaders Conference (ICYL) 2015

PERLAKSANAAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA PEMIMPIN MUDA (ICYL) 2015

“KEUSAHAWANAN SOSIAL  MENJANA PERUBAHAN KOMUNITI”

Tarikh : 19hb – 21hb Mac 2015 

Tempat : PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR

Ringkasan Fakta ICYL 2015

  1. Keseluruhan peserta berdaftar adalah seramai 385 orang di mana sejumlah 295 orang penyertaan tempatan dan 90 orang penyertaan antarabangsa
  2. Seramai 9 orang pembentang antarabangsa dan 8 orang pembentang tempatan telah hadir
  3. #ICYL di media sosial iaitu di twitter telah mendapat sebanyak 95,600 respon dan 683 respon telah diterima daripada #ICYL di instagram
  4. Sehingga 21 Mac 2015, sebanyak 48 booth telah dibuka dari pelbagai organisasi
  5. Mendapat liputan di dada-dada akhbar main stream seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo serta Fokus bermula daripada tindakan promosi hingga berita mutakhir semasa dan selepas penganjuran program
  6. Berdasarkan penilaian yang dilaksanakan dalam kalangan 243 orang peserta yang menjadi responden kajian mendapati bahawa secara keseluruhan, pelaksanaan konferen yang dilaksanakan ini telah mendapat reaksi yang positif daripada peserta yang hadir. Mereka menyatakan melalui konferen yang dilaksanakan ini telah memberi platform terbaik dalam mengetengahkan Social Entrepreneurship (SE) sebagai bidang yang baru untuk diterokai dengan lebih mendalam dan dijadikan satu bidang seperti bidang-bidang lain. Penilaian telah dilaksanakan secara dua kategori iaitu penilaian terhadap pembentang dan penilaian terhadap keseluruhan program.
  7. ICYL 2015 dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Malaysia Global Innovation and Creative Centre (MaGIC), Social Enterprise Malaysia (SEM), myHarapan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan IYC, UPM, MOF, Kementerian Luar Negeri, Scope Group, Agensi Inovasi Malaysia, SEA, Genovasi, Tandemic, My skill Foundation, CAYC, iM4U, MDEC, Orlaith, Indeepreneur dan Thriving Talent.
  8. Majlis perasmian persidangan diadakan pada 19 Mac 2015 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail. Sesi perasmian telah dihadiri seramai 700 orang yang terdiri daripada YB Menteri, Timbalan Menteri, YB Datuk Hj Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya, wakil-wakil KSU daripada Kementerian MITI, KDN, KKB, P&KPKT, Pegawai-pegawai Kanan KBS, para delegasi peserta tempatan dan antarabangsa, pempamer serta pengamal media.
  9. YAB Perdana Menteri turut menyampaikan anugerah sebagai memberi perhatian dan penghargaan kepada golongan belia yang terlibat dalam menyumbangkan idea dan tenaga dalam konteks keusahawanan sosial. Anugerah berprestij ini dinamakan Hope Awards dengan dinilai berdasarkan 7 kategori iaitu Education & Employability; Civic Action  & Human Rights; Environmental Conservation & Sustainability; Arts, Culture & Heritage; Less is More; Poverty Alleviation  dan Youth-Friendly yang dilaksanakan dengan kerjasama myHARAPAN.
  10. Majlis penutup persidangan ICYL 2015 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk KSU pada 21 Mac 2015 yang dihadiri seramai 400 orang termasuk  Pegawai-pegawai Kanan KBS, Wakil-wakil Agensi dan Stakeholders serta peserta ICYL
  11. Pada majlis tersebut Y.Bhg Datuk Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha (KSU), KBS telah menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta i-pitching, pempamer dan wakil-wakil peserta setiap negara. (15 Negara).
  12. Pelaporan penuh persidangan sedang diselaraskan oleh pihak IYRES untuk pembentukan prosiding.
  13. Manakala Laporan perlaksanaan persidangan akan diserahkan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan April 2015

DISEDIAKAN OLEH:

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES)

PENYERTAAN TEMPATAN 

BIL

KATEGORI

BIL PESERTA

JUMLAH

 

AGENSI KERAJAAN/SWASTA

1

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI

11

 

 

 

 

51

2

FELO PERDANA

3

3

USAHAWAN MUDA  WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

3

4

USAHAWAN  MUDA NEGERI  SELANGOR

2

5

PUSPANITA

2

6

UPEB

2

7

ALUMNI IKBN / RAKAN MUDA

5

8

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

3

9

SME CORP

3

10

TEKUN NASIONAL

2

11

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

1

12

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT

6

13

PUNB

1

14

IRDA

7

 

NGO/ONLINE

15

AHLI – AHLI BADAN GABUNGAN

19

 

102

16

MYHARAPAN

12

17

PENDAFTARAN ONLINE

71

 

IPTA/IPTS

18

IPTA

75

 

142

19

IPTS

67

 

                                            JUMLAH KESELURUHAN                         295

PENYERTAAN ANTARABANGSA DARIPADA FOCAL POINT/NGOs DAN IYRES  

BIL.

BUTIRAN PENYERTAAN

CATATAN

1.

Status terkini penyertaan peserta antarabangsa daripada IYRES:

  • Universiti Bogor Indonesia   : 15 orang
  • Curtain University               :  6 orang
  • Brunei                               :  1 orang
  • Nigeria                              :  2 orang
  • Filipina                              :  7 orang
  • Mauritian                           :  1 orang
  • United Kingdom                 :  1 orang
  • Pakistan                           :  1 orang
  • United States                    : 1 orang
  • India                                :  1 orang
  • Zimbabwe                         :  1 orang
  • Zambia                             :  1 orang
  • Somalia                            :  3 orang
  • Guinea                              :  1 orang
  • Sri Lanka                           :  1 orang
  •  

Jumlah                                           :  43 orang

IYRES

 

Daripada 43 orang peserta, seramai 22 orang adalah peserta antarabangsa yang belajar di IPT tempatan.

2.

Peserta yang telah mendaftarkan diri adalah seramai 47 orang

Filipina        :  9 orang
Thailand     :  4 orang
Singapura   :  9 orang
Myanmar    : 10 orang
Vietnam      : 10 orang
Indonesia    :   5 orang

 

 

 

Jemputan daripada Bahagian Antarabangsa dan CAYC

JUMLAH KESELURUHAN

90 ORANG