Buku Program Persidangan Meja Bulat Belia Hutang Belia : Terbebankah Anda?

MAKLUMAT AKTIVITI

    Tarikh                  :     22 Ogos 2015 (Sabtu)

    Masa                   :     9.00 pagi – 4.30 petang

   Tempat                :  Dewan Komanwel, Institut Sukan Negara,Bukit Jalil,Kuala Lumpur

    VIP                     :   YBRS. DR. WASITAH HJ. OHD YUSOF

Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES

Mewakili Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia

 

MAKLUMAT PENYERTAAN

Jumlah penyertaan adalah seramai 78 orang peserta yang terdiri daripada wakil kementerian/agensi, kakitangan sektor swasta, pertubuhan/persatuan belia, pelajar universiti dan individu perseorangan. Berdasarkan jumlah penyertaan tersebut seramai 75 orang Kaum Melayu, 2 orang kaum Cina dan India 1 orang.

LATAR BELAKANG

  1. Mutakhir ini fenomena kebankrapan di kalangan generasi belia semakin memuncak dan terpampang di dada-dada akhbar. Berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 19 Oktober 2014, sejumlah 2,491 individu belia berumur 25 tahun ke bawah diisytiharkan bankrap dalam tempoh Januari – Jun 2014. Manakala bagi belia yang berusia 35 tahun hingga 40 tahun pula ada;ah berjumlah 4,121 individu.

  2. Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seseorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah. Segala harta kepunyaan bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi dan Ketua Pengarah Insolvensi bertanggungjawab untuk menghasilkan dan menjual semua harta tersebut. Harta jualan akan diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan bukti hutang dalam kes kebankrapan.

     Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia (MDL) di dalam Statistik Belia Malaysia, Data Semasa 2013, Volume 3, IYRES, 2014.

  3.  Merujuk Jabatan Insolvensi Malaysia (MDL), 2014, seramai 60 orang diisytiharkan muflis setiap hari di Malaysia bagi belia yang berusia 33- 40 tahun. Lima faktor muflis dalam kalangan belia Malaysia adalah sewa beli kenderaan 26.41%, pinjaman perumahan 17.6%, pinjaman peribadi 15.5%, pinjaman perniagaan 12.39% dan hutang kad kredit 4.18%.

  4. Statistik bankrap mengikut bangsa mencatatkan belia Melayu 45.1%, Cina 32.97%, India 12.63% dan lain-lain bangsa 9.3%. 

  5.   Perbandingan antara bankrap mengikut jantina mencatatkan lelaki (65%) mengatasi perempuan (32%) yang telah diisytiharkan muflis pada tahun 2013.

    Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia (MDL) di dalam Statistik Belia Malaysia, Data Semasa 2013, Volume 3, IYRES, 2014.

  6. Kajian oleh Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, UPM, 2013 menunjukkan hanya 7.9% peratus belia yang membuat simpanan bulanan lebih daripada 20% daripada pendapatan bulanan, 31.5% membuat simpanan kurang daripada 20% daripada pendapatan bulanan dan 53.8% membuat simpanan kurang daripada 10% daripada pendapatan bulanan mereka

  OBJEKTIF

  1. Membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan isu pengurusan hutang dan pengurusan kewangan.
  2. Menyediakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai konsep pemberian kredit dan pemantauan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam pengurusan perbankan.

  3. Merumuskan input yang diterima daripada kalangan peserta untuk dijadikan sebagai dokumen yang akan diketengahkan ke peringkat Nota Jemaah Menteri.

  4. Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.

  PENCAPAIAN DIALOG INTELEKTUAL BELIA: BELIA DAN PENGARUH MEDIA SOSIAL

Generasi belia yang menghadiri Persidangan Meja Bulat Belia - Hutang Belia:Terbebankah Anda? yang dilaksanakan di Dewan Komanwel, Institut Sukan Negara, Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2015 mencadangkan beberapa usul sebagai resolusi terhadap program ini iaitu:-

i)       Peranan Belia

  1. Golongan Belia MESTI meningkatkan ilmu dan proaktif dalam menguruskan kewangan dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/jabatan yang menawarkan khidmat rujukan pendidikan kewangan bagi mengelakkan bebanan hutang;
  2. Golongan Belia MESTI memantau aliran tunai dan  membuat penyesuaian sekiranya berlaku aliran wang keluar yang tidak seimbang;
  3.   Golongan Belia MESTI berusaha secara aktif meningkatkan nilai harta bersih (net worth) seperti menambah simpanan, mengurangkan perbelanjaan, melangsaikan/mengurangkan hutang dan melupuskan aset yang tidak menjana keuntungan;
  4. Golongan Belia DISARANKAN agar nisbah hutang tidak melebihi 40% pendapatan bersih bulanan bagi mengelakkan terperangkap dengan beban hutang;

ii)       Peranan Kerajaan

      5.  Golongan belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan dapat menyediakan inisiatif berhubung program coaching secara one-to-one kepada belia dalam pengurusan kewangan yang lebih efektif;

      6. Golongan belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan mewujudkan program intervensi kesejahteraan kewangan yang memfokuskan  kepada peningkatan estim diri (self esteem) dalam pengurusan hutang yang lebih efektif;

      7. Golongan belia MENCADANGKAN  agar pihak kerajaan menyediakan One Stop Resource Centre (OSRC) untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan pendidikan kewangan dan keusahawanan serta peluang pekerjaan kepada golongan belia luar bandar;

     8. Golongan Belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan memperkasakan pendidikan pengguna/kewangan dalam kurikulum sekolah serta peringkat komuniti agar ilmu pengurusan kewangan dapat diterapkan;

     9.  Golongan belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan mewujudkan satu badan untuk mengumpulkan dana bagi mengawal harga rumah dalam membantu pemilikan rumah dalam kalangan belia;

    10. Golongan belia  MENGGESA agar pihak kerajaan menambah baik sistem perkhidmatan awam iaitu dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang lebih memerlukan; 

    11. Golongan Belia MENYARANKAN pihak majikan memberi peluang untuk meneruskan pekerjaan yang sedia ada atau memberi peluang kedua dalam bidang pekerjaan, pinjaman perbankan kepada individu yang telah diisytiharkan muflis; 

    12. Golongan belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaanmempercepatkan peraturan berkaitan had muflis daripada RM30,000.00 kepada RM60,000.00 disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup;

    13. Golongan belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan mengkaji semula dengan memperketat peraturan dan perjanjian berkaitan sewa beli kenderaan;

    14.Golongan belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan mengkaji semula kadar gaji minimum bermula daripada RM1,200.00; 

    15.Golongan belia MENCADANGKAN  agar pihak kerajaan agar mengurangkan kadar GST dari 6% kepada 3%; dan menyalurkan hasil kutipan GST bagi pembangunan belia melalui pembentangan bajet 2016

 

 

 

 

 

 

 

>>> Klik untuk Muat Turun<<<